KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF yang bertindih dengan kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berlangsung hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (MFL) Datuk Stuart Ramalingam berkata tarikh jadual kejohanan dikeluarkan itu memberi kesan kepada dua wakil negara yang turut serta, masing-masing Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC.
"Pasukan kebangsaan adalah keutamaan MFL seperti juga saingan kelab MFL dalam pertandingan AFC di mana kedua-duanya amat penting untuk pembangunan pasukan kebangsaan (dan) kita dalam situasi rumit disebabkan penentuan tarikh (AFF) yang berlangsung dengan tarikh AFC.
"Kami harap AFF boleh tentukan tarikh sesuai bukan untuk Malaysia saja tetapi untuk liga-liga lain di rantau ini. Kita semestinya akan berbincang bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) (apa yang perlu) dillaksanakan untuk capai keputusan paling sesuai buat MFL dan juga pasukan kebangsaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
AFF sebelum ini mengumumkan jadual kejohanan Piala AFF akan berlangsung pada 23 Nov sehingga 21 Dis depan.
JDT akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bagi menghadapi dua perlawanan pada 25-27 Nov dan 2-4 Dis depan.
Sementara Selangor FC terlibat dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada 26-28 Nov dan 3-5 Dis depan.
Selain Malaysia, saingan tersebut juga menyaksikan beberapa kelab dari Thailand, Vietnam, Singapura dan Filipina akan turun bertanding bagi Zon Timur.
Stuart dalam pada itu enggan membuat spekulasi awal mengenai kejohanan AFF yang berkemungkinan berlangsung hambar ekoran tarikh bertindih, sebaliknya membiar perkara berkenaan untuk dibincang bersama FAM.
"FAM pun mungkin sudah ada percaturan mereka sendiri dan MFL akan sedia membantu dalam mana-mana percaturan itu bukan saja untuk pasukan kebangsaan tetapi juga keutamaan kepada pasukan kita yang bersaing dalam AFC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Stuart berkata tarikh jadual kejohanan dikeluarkan itu memberi kesan kepada dua wakil negara yang turut serta, masing-masing JDT dan Selangor FC. - Gambar fail/Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.